SEKSYEN A
PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Seksyen ini bertujuan menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mempunyai kelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
SEKSYEN B
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
i) Kebolehan menggunakan logik
Calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
ii) Kebolehan menginterpretasi data
Calon akan diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas Matematik dan perakaunan yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan logik.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
** Panduan ini bakal membantu anda >> http://yupurl.com/ov3n7m
No comments:
Post a Comment