Tuesday, 12 June 2012

Maklumat Jawatan Penolong Akauntan Gred W27


Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan)


Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara
 
Jadual Gaji:
 


 
Syarat Lantikan:


diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]
Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:


Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.










No comments:

Post a Comment